@ 4 Jenis Golongan Pengguna Facebook Yang Kita Harus Tahu


4 Jenis Golongan Pengguna Facebook Yang Kita Harus Tahu.

Kejayaan Facebook bukan hanya dapat diukur dengan bilangan penggunanya, akan tetapi, syarikat Facebook telah memiliki rangkaian besar data populasi penduduk dari seluruh dunia.
Facebook juga dilihat sebagai medium terbaik bagi usahawan untuk menyimpan data mengenai pelanggan mereka, alat untuk menghubungkan syarikat dan pelanggan dan tempat terbaik untuk tujuan promosi dan pengiklanan syarikat pada kos yang murah.
Mengikut kajian terbaru yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji, Facebook mempunyai Rashomon effect kepada penggunanya dan mereka akan mengalaminya dengan cara yang berbeza.
Hasil kajian ini mendapati yang pengguna Facebook ini boleh dipecahkan kepada 4 kelompok pengguna.
Ketahui 4 jenis kelompok ini untuk lebih kenali pelanggan, kenalan dan diri anda sendiri.
Apa yang mengejutkan, hasil kajian mendapati, kelakuan seseorang di internet boleh mempengaruhi kelakuan dan personaliti seseorang.
Kenali 4 kelompok ini dengan lebih lanjut.

1 - Golongan ‘Relationship Builders’.


Kelompok ini menggunakan FB sama seperti cara mereka menggunakan telefon dan emel dan menggunakannya untuk tujuan bersilaturrahim dengan rakan dan ahli keluarga.
Menurut seorang Profesor dalam bidang pengiklanan di universiti, kelompok ini memerlukan FB sebagai penyambung kepada kehidupan sosial mereka yang tidak aktif.
Kelompok ini merasakan FB adalah tempat dimana mereka boleh mengekpresikan rasa kasih mereka terhadap keluarga dan sebaliknya.
Mereka ini tidak menjadikan FB sebagai tempat mereka bersosial secara terbuka akan tetapi menggunakan FB untuk menceritakan perkara-perkara atau kisah-kisah yang sesuai untuk kawan dan keluarga.
Ada informan daripada kajian ini mengatakan yang dia tidak menghubungi keluarganya dengan menggunakan telefon, jadi FB adalah satu-satunya medium untuk dia berinteraksi dengan ahli keluarga.
Kelompok ini juga cenderung untuk sentiasa melayari FB, menonton video, memberi respon kepada status, gambar dan perkara lain yang dikongsikan oleh orang lain.

2 - Golongan ‘Window Shoppers’.


Golongan kelompok ini mempunyai akaun FB ia adalah ikutan trend masa kini.
Facebook dilihat sebagai gaya hidup moden masa kini dan ia jadi satu keperluan untuk mereka kerana itu adalah apa yang diterima dan dibuat oleh ramai orang.
Golongan ini jarang mendedahkan maklumat peribadi mereka, berkongsi gambar atau mengemaskini status.
Mereka juga jarang untuk beri respon seperti like atau komen di FB.
Mengikut pengkaji, mereka yang berada dalam kelompok ini dilabelkan sebagai pemerhati yang paling kerap sekali atau ‘stalker’.
Mereka ini selalunya cenderung untuk melihat profil FB seseorang dan mengambil tahu mengenai seseorang dengan lebih mendalam dengan ‘stalk’ FB mereka secara diam-diam.
Ini adalah cara untuk mereka berhubung dengan orang lain. Mereka tidaklah bersosial mana akan tetapi mereka menggunakan FB untuk mendapatkan maklumat bagi membolehkan mereka bersosial dengan lebih baik secara offline.
Salah seorang informan memaklumkan kepada pengkaji yang dia lebih suka bersosial dan menjalani hidup dalam dunia sebenar, bukan dunia maya.
Baginya, Facebook bukan tempat untuk berkongsi perihal peribadi kerana orang yang betul-betul mahu mengenali mereka tidak akan hanya melihatnya melalui FB akan tetapi akan cuba menghampiri mereka di luar kehidupan maya.

3 - Golongan ‘Town Criers’.


Golongan ini adalah golongan pekerja profesional yang melihat FB sebagai medium untuk mempromosikan diri mereka atau membina jenama diri mereka sendiri.
Facebook adalah medium yang boleh menguatkan lagi kredibiliti mereka, kerja atau bisnes.
Mereka bukan seperti kelompok relationship builders , dunia maya mereka atau apa sahaja perkongsian mereka tidak menggambarkan kehidupan sebenar mereka.
Status mereka mungkin hanya sekadar untuk berkongsi, tetapi mereka tidak fokus untuk respon dan sebagainya.
Mereka juga tidak kisah jika audien mereka tidak aktif memberikan respon kerana tujuan mereka di FB hanyalah untuk memaklumkan mengenai diri mereka atau meberikan maklumat bukannya untuk bersosial.
FB adalah medium wajib untuk ahli politik guna di US bagi menyebarkan maklumat dan mempengaruhi orang ramai untuk mengundi.
Kelompok ini memang terkenal sebagai sumber informasi ramai orang. Mereka sangat menjaga privasi dan hanya mendedahkan sedikit sahaja informasi peribadi di Facebook.
Ini bukanlah bermakna mereka ini tidak berminat untuk bergaul atau mengambil tahu mengenai orang lain akan tetapi mereka ini lebih suka bersosial dan berinteraksi dengan cara konvensional seperti panggilan telefon, mesej, atau berbual seperti biasa kerana bagi mereka, kawan dan keluarga sangat bernilai dan cara mereka bersosial harus lebih daripada sekadar interaksi di FB.

4 - Golongan ‘Selfies’.

Kelompok yang satu ini memang sentiasa dikenali oleh rakan-rakan sosial mereka.
Mereka sangat aktif di FB dan sering berkongsi hampir apa sahaja yang berlaku dalam dunia luar dan dunia mereka sendiri.
Lebih kurang seperti kelompok relationship builders, mereka juga suka post gambar,video, mengemaskini status tetapi ini bukan sahaja bertujuan untuk merapatkan diri dengan audien tetapi mereka juga mereka ini suka menarik perhatian orang ramai.
Mereka ini suka mendapatkan validasi daripada orang ramai. Bagi mereka, semakin banyak like yang mereka dapat semakin mereka rasa disukai oleh orang lain dan semakin bagus mereka merasakan terhadap diri mereka sendiri.
Kebanyakkan mereka merasakan yang jika mereka memuatnaik gambar di FB mereka, mereka telah melakukan satu perkara yang berfaedah atau bermakna untuk hari tersebut.
Walaubagaimanapun, dengan adanya FB, sesiapa sahaja dapat mengubah personaliti atau identiti mereka di FB mengikut cara yang mereka mahukan.

Fikirkan anda dalam kelompok mana dan tidak kisahlah apapun, anda sendiri yang kawal kehidupan sosial anda maka janganlah sampai melampaui batas dan merosakkan diri sendiri.

Sumber: majalah niaga

Comments