@ Para Usahawan Online, Jangan Bergantung Pada Facebook Semata-Mata



Sampai bila kita perlu bergantung pada Facebook. Saya cuma nak berkongsi pengalaman peribadi saya membantu klien untuk pemasaran di Facebook Ads.
Saya pernah jumpa ramai orang hebat melaburkan wang di Facebook Ads dengan purata kos pengiklanan RM1,000 – RM12,000 sehari. Jualan mereka masyaAllah sangat dahsyat. Ratusan malah ribuan parcel sehari.

Tetapi Saya Perhatikan, Mereka Hadapi Satu Masalah Kritikal

Selepas parcel dihantar, habis. Hubungan dengan pelanggan tersebut tamat di situ. Repeat order berlaku hanya sekiranya pelanggan sendiri yang menghubungi mereka sahaja. Jika pelanggan nak buat pesanan seterusnya, mereka perlu hubungi sendiri.
Ertinya, tiada kempen marketing dijalankan untuk pelanggan sedia-ada (existing customer).

Yang Sebenarnya, Mereka Tidak Tahu Situasi Bisnes Mereka Masih Belum Betul Selamat

Bisnes tersebut terlalu bergantung kepada jualan dari pelanggan baru. Jika iklan tidak aktif, maka tiada pelanggan. Pendek kata, tiada iklan , tiada jualan.
Sekarang, Facebook sudah tidak seperti dahulu. Polisi dan syarat sentiasa berubah dan semakin ketat. Soalan penting : Sampai bila nak bergantung pada jualan dari pelanggan baru, sedangkan peraturan di Facebook semakin hari semakin berubah ?

Sebelum Ini Sudah Buat Untung, Tetapi Mereka Tak Sedar Sepatutnya Boleh Untung Banyak Lagi!

Mahu ubah prospek jadi pelanggan bukan senang. Mahu meyakinkan dia untuk beli bukan senang. Ada kos masa, tenaga & duit.
Tetapi, apabila mereka sudah jadi pelanggan, maksudnya mereka sudah percaya pada kita. Maka lebih mudah untuk menjual kepada pelanggan sedia ada berbanding kita jual pada pelanggan baru, sebab mereka sudah bina kepercayana pada kita.
Ini terjadi pada diri kita sendiri juga. Kita selalu makan di kedai yang sama. Kita selalu beli barang di kedai yang sama. Nampak ? Pelanggan sedia ada lebih mudah untuk membeli lagi dan lagi.

Jangan Pandang Sepi Pada Pelanggan Yang Sudah Jatuh Cinta

Mahu bisnes bertahan lama, jagalah pelanggan sedia ada Dari mereka ini, kita dapat jualan tanpa kos pengiklanan. Saya ada seorang sahabat yang mempunyai simpanan 10,000 data pelanggan dan beliau sudah hentikan kempen iklan di Facebook.
Beliau hanya follow-up saja. Jika 5% dari 10,000 pelanggan beli pun sudah berapa untung. Tanpa kos iklan. Dan ramai lagi rakan saya yang mana sudah tidak jalankan kempen iklan di Facebook!
Pelanggan baru pun dapat, yakni dari cadangan pembeli sedia ada.  Adalah juga yang masih jalankan kempen iklan, tetapi kalau akaun mereka dimatikan oleh Facebook, jualan masih boleh berlaku.

Nasihat Saya : Elakkan Bergantung Pada Facebook Semata-Mata

Faebook ini macam kolam. Ikannya manusia. Ikan macam-macam. Ikan yang minat bola. Ikan yang minat jubah. Ikan yang minat kecantikan.

Tangkap ikan-ikan ini, dan keluarkan dari kolam Facebook. Kita bela di kolam sendiri. Media sendiri. Peraturan kita sendiri. Tiada potensi untuk akaun didenda oleh Facebook. Tiada kebarangkalian untuk iklan kita tidak diluluskan oleh Facebook. Hidup lebih tenang walaupun iklan tidak dijalankan.


Comments